Sunday, January 24, 2010
salam.
Hitam,semua pakat hitam belaka.Dari atas ke atas sampai bawah.Barangkali ramai yang tidak suka akan warna hitam tu.
Kerana sedikit perkara yang berlaku,orang akan cakap ia hitam,hitam sebelanga!!!
Kerana sedikit sikap kita yang kurang enak untuk mereka,mereka akan cop hitam.
Apa jenis manusia yang tidak langsung pernah berfikir,sebelum hitam ia amat putih bersih.
Aku sendiri pelik dengan dunia sekarang,bila terlalu sejuk ia nak jugak jadi hitam.Tapi kenapa memilih untuk hitam?
Tahun ni tahun hitam ka?
piala dunia di afrika selatan=negara kulit hitam
kekejaman terbaru pembunuhan orang islam di nigeria.orang hitam?
kekecohan akhir zaman,pembunuhan hari-hari laporan surat khabar?peristiwa hitam?
hitamnya hati manusia-hitam?
Saksikanlah simen dalam bilik aku pun hitam.
hitam?
Labels: kita
Friday, January 15, 2010
Dalam dok kalut nak exam dan lagi pi roger sat harga ayam la kat sini,sekoq dah turun sampai Le 8,atau sekilo LE 8.
Siber bay dulu masa aku mula sampai kalau tak silap sekilo LE 6.Lepas tu naik sat harga dia,pastu turun pulak.Haikal baru ni aku beli sekilo 6 genih,boleh tahan la mahai dari le 4 dulu.
Ayam kat rumah aku makan dalam 4-5 kali seminggu,kalo kat rumah pakyam aku tak tau la dia makan banyak mana seminggu.
Masa kat sekolah menengah dulu aku deret hilang slipar,jadi aku terpaksalah berkaki ayam.Kesian ayam-ayam kat sana gelak kat aku.
Ayam kalo yang sudah masak dah-firoh-le 30 paling murah pun,tapi pakyob kata kat malaysia x sedap dah,sini sedap lagi.Ayam sungguh.
Ayam kalo makan banyak sangat depa kata gatai kaki nanti,sungguh ka.
Ayam,ayam,bila malam rabun ayam.
Aku sebenarnya malu kat ayam,dia istiqomah bangun pagi dan berkokok,kejutkan orang.
aku tak tau la sebab pa ramai yang pelekeh ayam.
Padahal
-keretapi cap ayam
-berkaki ayam
-bulu ayam(bulu tangkis)
~ayam- ayam~
Labels: isu semasa
Thursday, January 7, 2010
aku melihat lalu aku tercakap
kepada tanah
yang terlalu menjauh dan cukup kurang
...
aku mendengar terlalu jelas
wahai kesyunyian
penyesalan
sebelum aku menemui kematian
aku terlalu kecewa dan kesayuan
kini disisiku
untukku dengan putusnya harapan
...
burung-burung di kelilingku riang berkicauan
seperti namanya
'murai'
berterbangan ke barat
suara
dan warna matanya
benar benar memanggil aku
sehingga
diriku kini
terpaku
menjadi khazanah yang membeku
tembikar
Labels: kerusi.kosong

Menet ke 92 Malaysia terpaksa berputih mata,setelah kalah dalam bola sepak.Aku tengok smart gak malaysia main dengan UAE semalam.
Tapi tak la tergejut sangat sebab kalah,kalau seri atau menang tergejut gak la,berbangga aku sebagai rakyat Malaysia.Lepas tu aku baca surat khabar heboh lagi pasai penghantaran pemain muda ke luar negara,ada yang kata hantar skuad 23 tahun ke bawah,ada gak setuju hantar pada lebih muda,14 15 tahun.
Dalam dok hingaq tu aku terpikiaQ jugak rupa-rupanya dalam bola sepak Malaysia dah ada perubahan,depa dah mula sedar perlunya didik budak-budak ni dari kecik kalau nak terrer,tapi kalau budak-budak tu pi luaq dari malaysia,depa sembahyang dak?ada dak pendedahan agama?
Dalam dunia dok serabut lani,agak-agak FAM hantaq dak sorang wakil dalam ramai-ramai depa ni ustad?untuk hajaq agama selain dari dok sepak bola,aku tak tau la sama ada depa dah buat ka dak,tapi yang semestinya selama aku dok tau yang dok luaq negara kalau dia dah main bola tu,bola la sampai ke tua.
Takdak ka depa nak mai hantaq budak malaysia mai wat latihan kat meset?awat ingat meset tak kuat ka??hahaha!!!!
Tula,kalau tak mau kalah last menet memang kena pikiaq gak dari awai lagi apa-apa Qeja pun yang kita buat,lani dok mana pun orang pakat ramai dah mula sedaq dan berjaya dalam hidup,tapi pengakhiran hidup tak sebejaya masa dia hidup,maksud aku dari segi islamnya,kalau masa hidup pelajaran pandai bukan main,rumah besaq nak mampuih,tapi tolak islam,tolak pemerintahan islam.
"depa kata takyah la persatuan bukan dapat paedah",ya la!,hang dakwah la sorang-sorang hang,orang hajaq hang,orang nak bagi peringatan kat hang,hang tolak,hang kata taksub.
Bila nak mati esok,kalah last menet sebab syaitan rasuk hang supaya jangan ikut islam,ikut dia,hang nak ikut ka waktu tu?mana pengajian hang yang cerdik dan cemerlang sangat tu,mana ego hang selama ni?
Elok-elok la,pakat mai bentuk diri noh,supaya hidup kita mati kita dengan islam.
Labels: isu semasa
Saturday, January 2, 2010
Assalamualaikum dan selamat pagi mesir dalam selamat petang Malaysia.
Sekarang ni akhbar tempatan melaporkan Harga runcit gula dinaikkan sebanyak 20 sen sekilogram kepada RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak bermula 01.01.2010″
Banyak juga aku baca tulisan-tulisan yang tidak setuju,lumrah la sapa nak kalau harga barang naik.Kalau disini harga gula ialah LE 4.25.Naik jugak harga kat sini bukan tak naik dari kalau tidak silap aku LE 3.Mula la nak timbul soal kurangkan gula,anjurkan penggunaan gula sebanyak 7 sudu sehari,nah boleh ka buat?
Dalam rumah aku saja sekali bancuh syai mau x mau dah 7 sudu untuk 10 cawan,itu tak tengok lagi syai arab yang banyaknya gula.haha!!!
Dalam pos kali ni aku teringat cikgu sekolah rendah ada pesan,kejayaan semanis gula,mungkin sebab dia ingat aku waktu tu tau gula ja manis,masuk sekolah menengah tukaq pulak kejayaan semanis madu,masuk u pulak dah berubah dari gula,madu ke halawiyat(ada ka?)
Namun tidak kisah la apa pun,semua nya nak bagitaw satu ja,kejayaan itu manis?dalam masakan ada yang suka manis?
Resepi gula-gula ini memang telah ditanam di fikiran kita sejak dulu lagi,mak pesan belajaq rajin-rajin nanti berjaya hidup senang,jiran pesan senang-senang mai la jalan rumah,perkataan senang dalam dua ayat ni semestinya menunjukkan satu natijah yang baik untuk kita?atau kenangan manis?
Apa-apa jela,tetapi yang penting dalam hidup ni ada resepinya untuk berjaya,jika masak gulai kena ada santan dan gula,jika buat kopi,kena ada gula,dan masing-masing ada cara sendiri untuk ramuan resepi.
Untuk aku dan kawan-kawan aku buat la resepi sendiri untuk berjaya,kerana motivasi pada diri sendiri itu lebih berkesan,Usahalah...moga dalam fatrah imtihan kali ini dan selamanya kita terus berjaya.
Jadikan resepi gula-gula ini sebagai ramuan terbaik dan menatijahkan kemanisan yang bakal dirasai hingga kesana.
salam imtihan.
Labels: kita




